|Bulan April Bulan Akademik| Minggu Bahasa (22-23 April 2013)
Selasa, 23 April 2013 by Admin in Tag

Perhimpunan mingguan diadakan seperti biasa bagi memeriahkan Minggu Bahasa dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa khusus untuk para pelajar. Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan ialah :

1. Nyanyian lagu berbahasa Inggeris oleh pelajar-pelajar yang diuruskan oleh Encik Wan Mohd Najat.



2. Kuiz Bahasa.



Sumbangan Sempena Tahun Baru Cina Kepada Pelajar-pelajar yang Kurang Berkemampuan
Khamis, 28 Mac 2013 by Admin in Tag

Pada 8 Februari 2013 yang lalu, satu majlis telah diadakan untuk menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan bersempena dengan Tahun Baru Cina. Sumbangan disampaikan oleh GPK Petang SMK Tun Mutahir iaitu Puan Hajah Manja binti Md. Doli.

Majlis dirasmikan oleh Puan Hajah Manja binti Md. Doli.


Antara pelajar-pelajar yang menerima sumbangan :







Pelajar-pelajar SMK Tun Mutahir.


English Language Week
Isnin, 23 April 2012 by Admin in Tag

Since April is the Academic Month, English Panel had organized an English Language Week for every students to be participated on 9th til 13th April 2012.


There were a lot of activities that were organized for students such as Spell It Right Challenge, Story-Telling, Quizzes and many more.


Hopefully, there will be such an activity that can boost students to participate themselves as they get more chances to show their talents and abilities.
   

Minggu Bahasa Melayu
by Admin in Tag

Minggu Bahasa Melayu telah diadakan dengan jayanya. Penyertaan untuk setiap aktiviti pada minggu ini mendapat sambutan yang sangat-sangat menggalakkan dari pelajar-pelajar Tingkatan 1.

Majlis Penutup Minggu Bahasa Melayu telah diadakan pada hari Jumaat, 6 April 2012. Semasa majlis ini berjalan, telah dianjurkan satu kuiz spontan di mana pelajar dialu-alukan untuk menjawab soalan yang diajukan di atas pentas. Pelajar-pelajar begitu bersemangat dan teruja untuk menjawab soalan-soalan tersebut memandangkan ada disediakan hadiah menarik untuk mereka.

Terdapat pelbagai aksi semasa majlis yang sempat dirakam. Antaranya ialah :


Majlis Penutup ini diakhiri dengan satu persembahan daripada murid yang menjadi pemenang pertama bagi Pertandingan Bercerita.

Peringatan Untuk Semua Murid Sesi Petang
Isnin, 5 Mac 2012 by Admin in Tag


  1. Aktiviti ko-kurikulum pada setiap hari Rabu bermula jam 9.00 -10.00 a.m. untuk Latihan Rumah Sukan. Aktiviti untuk Kelab/Persatuan/Pasukan Pakaian Seragam pula adalah pada jam 10.30 a.m.-12.00 p.m.
  2. Aktiviti 1Murid 1Sukan adalah pada hari Khamis, bermula jam  10.30 a.m.-12.00 p.m.
  3. Kehadiran untuk semua aktiviti ko-kurikulum adalah wajib.
  4. Program Nilam akan diadakan 2 kali sebulan pada setiap hari Isnin iaitu pada masa Perhimpunan (6.05-6.40 p.m.). Pelajar-pelajar diwajibkan membawa buku "NILAM" pada setiap hari Isnin.

Pesanan Pentadbir G10 2012 : Peringatan Untuk Semua Guru
Ahad, 4 Mac 2012 by Admin in Tag

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dan tindakan segera oleh guru-guru adalah seperti berikut :

  1. Kehadiran guru ke sekolah mesti menepati masa yang telah ditetapkan selewat-lewatnya 10 minit sebelum waktu rasmi P&P bermula.
  2. Sekiranya sakit dan mengambil cuti sakit, guru hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah atau terus kepada piha pentadbir yang menyediakan jadual guru ganti selewat-lewatnya setengah (1/2) jam sebelum P&P bermula.
  3. Cuti Rehat Khas (CRK) atau Cuti Tanpa Rekod (CTR) tidak boleh diambil sewenang-wenangnya. Ia perlulah mengikut prosedur dan peruntukan yang telah ditetapkan. (Sila rujuk Pekeliling CRK/CTR).
  4. Penulisan buku rekod mengajar mestilah mengikut format yang telah ditetapkan iaitu mengandungi tajuk, objektif, aktiviti dan impak. Semuanya wajib ditulis setiap hari dan perlu dihantar setiap minggu kepada Pentadbir yang telah dijadualkan untuk disemak dan disahkan.
  5. Kehadiran guru ke kelas-kelas mestilah menepati masa atau selewat-lewatnya lima minit selepas loceng berbunyi. Jangan jadikan budaya "lewat ke kelas" tanpa sebab tertentu kerana ia boleh diibaratkan sebagai "curi tulang" dan ia amat merbahaya!
  6. Kawalan kelas, kebersihan kelas dan kecerian kelas adalah tanggungjawab semua guru, guru-guru matapelajaran serta guru-guru tingkatan yang telah dilantik terutamanya. Semua guru perlu peka dan prihatin tentang hal ini dan janganlah mengambil sikap sambil lewa.
  7. Sebelum memulakan P&P, guru mesti memastikan kehadiran pelajar di kelas dan melengkapkan "Buku Semakan Kehadiran Murid."
  8. Guru-guru yang diberi 'relief'/guru ganti mestilah masuk ke kelas yang dipertanggungjawabkan dan menjaga/mengawal kelas tersebut sebaik-baiknya dan tidak hanya duduk dan membuat kerja sendiri tanpa menghiraukan keadaan murid-murid yang bising dan keadaan kelas yang tidak kondusif.
  9. Semasa ujian atau peperiksaan, guru-guru mestilah sentiasa mengawasi pelajar dari segala aspek untuk mengelakkan penyelewengan dan tidak sentiasa duduk saja. (Sila rujuk Peraturan Ujian dan Peperiksaan yang telah diedarkan oleh GPK 1)
  10. Penyemakan buku-buku latihan pelajar mestilah dijalankan selepas setiap latihan diberikan dan dipulangkan kepada pelajar selewat-lewatnya dua hari selepas disemak selengkapnya (semak indeks, prmbrtulan dan ditandatangani).
  11. Guru-guru tingkatan mesti menguruskan kelas mereka dengan cekap, dedikasi dan berkesan. ambil tindakan terhadap pelajar yang ponteng sekolah dengan segera dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
  12. Amalkan budaya menggunakan "Pas Keluar" untuk pelajar yang meminta izin keluar kelas.
  13. Semoga kerja  ikhlas guru-guru yang penuh dedikasi mendidik anak bangsa dapat menghasilkan pelajar yang berkualiti dan cemerlang.
Sekian, terima kasih.
"Berkhidmat Untuk Negara."
   

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
Selasa, 14 Februari 2012 by Admin in


Tarikh   : 10 Februari 2012
Masa     : 3.30-4.15 p.m.
Tempat : Dewan Mutahir, SMK Tun Mutahir.

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah ini telah diadakan dengan jayanya hasil usaha guru-guru dan kerjasama daripada pelajar-pelajar.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah dianjurkan antaranya :

  1. Selawat ke atas Nabi S.A.W.
  2. Tazkirah oleh guru-guru.
  3. Nyanyian nasyid oleh Cikgu Norhisham Zainuddin.
  4. Tayangan video berbentuk keagamaan oleh Ustaz Razak.
  5. Kuiz berdasarkan tayangan video.
 Selawat oleh guru-guru lelaki.

 Selawat oleh guru-guru perempuan.

Pelajar-pelajar lelaki berselawat ke atas junjungan Nabi S.A.W. dengan penuh semangat.

Pelajar-pelajar perempuan tekun berselawat ke atas Nabi S.A.W.

Suasana ketika kuiz diadakan. Pelajar berebut-rebut untuk menjawab soalan kuiz memandangkan hadiah disediakan khas untuk mereka yang berjaya menjawabnya dengan tepat.

Senyuman gembira oleh seorang pelajar yang berjaya mendapat hadiah.





Majlis Taklimat dan Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan 1 2012
Ahad, 12 Februari 2012 by Admin in



Tarikh   : 3 Disember 2011
Masa    : 9 am-12 pm
Tempat : Dewan Mutahir, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir, Melaka.

Majlis telah berjalan dengan lancar hasil usaha pentadbir-pentadbir dan juga guru-guru SMKTMu.

 Ucapan Pengerusi PIBG sekolah.

Ucapan Pengetua sekolah.

Barisan pentadbir yang menjadi tulang belakang majlis yang diadakan.

Taklimat berkaitan koperasi sekolah oleh Puan Norlelawati.

Ragam dan aksi pelajar-pelajar bersama ibu bapa masing-masing ketika berada di dalam dewan sepanjang majlis diadakan.

Suasana luar dewan semasa majlis diadakan di mana pelajar dan ibu bapa tekun mendengar taklimat yang diberikan.









Penyerahan Sumbangan Tahun Baru Cina 2012
Isnin, 30 Januari 2012 by Admin in

GPK Petang, Puan Manja binti Md Doli dan kaunselor sidang petang, Puan Siti Mariam binti Hussin bersama dengan para pelajar yang menerima sumbangan

Antara pelajar yang menerima sumbangan angpau.

Majlis penyerahan sumbangan ini telah diadakan pada 20/1/2012 yang lepas sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Sumbangan telah disampaikan oleh GPK Petang iaitu Puan Manja binti Md Doli.

24 Januari 2012
Selasa, 24 Januari 2012 by Admin in

'SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2012 KEPADA WARGA SMK TUN MUTAHIR'

- Ikhlas dari guru-guru sidang petang -

TAKLIMAT PENTADBIR BERSAMA-SAMA GURU-GURU BARU DI SMK TUN MUTAHIR
Selasa, 21 Jun 2011 by Admin in

20 JUN 2011 (ISNIN)

11.30 PAGI – BILIK TAYANG

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dan tindakan segera oleh guru-guru semua terutama guru-guru baru.

1.       Kehadiran guru ke sekolah mesti  menepati  masa yang telah di tetapkan selewat-lewatnya 10 minit sebelum waktu rasmi P&P bermula.

2.       Sekiranya sakit dan mengambil cuti sakit, perlulah memaklumkan kepada pihak sekolah atau terus kepada pihak pentadbir yang menyediakan jadual guru ganti   selewat-lewat nya setengah (1/2) jam sebelum P&P bermula.

3.       Cuti Rehat Khas(CRK)  atau Cuti Tanpa Rekod(CTR) tidak boleh diambil sewenang-wenangnya, perlu mengikut prosedur dan peruntukan yang telah ditetapkan.(Sila rujuk pekeliling CRK/CTR).

4.        Penulisan buku rekod mengajar mesti ikut format yang telah ditetapkan - tajuk,objektif, aktiviti dan impak wajib ditulis setiap hari dan perlu dihantar  setiap minggu ke Pentadbir yang dijadualkan untuk disemak dan disahkan.

5.       Kehadiran guru kekelas –kelas mestilah menepati masa atau selewat-lewatnya lima minit setelah loceng berbunyi. Jangan jadikan budaya “ lewat ke kelas” tanpa sebab tertentu kerana itu ibarat “mencuri tulang”.

6.       Kawalan kelas , kebersihan kelas dan keceriaan kelas adalah tanggungjawab semua guru , guru-guru mata pelajaran dan terutama sekali guru-guru tingkatan yang telah dilantik. Semua guru perlu peka dan prihatin tentang hal ini dan jangan mengambil sikap sambil lewa
Atau acuh tak acuh.

Sebelum memulakan P&P, guru mesti memastikan kehadiran pelajar dikelas dan melengkapkan ‘Buku semakan Kehadiran Murid’.

7.       Guru-guru yang diberi ‘relief’/guru ganti mestilah masuk ke kelas yang dipertanggungjawabkan dan menjaga /mengawal kelas tersebut sebaiknya dan tidak hanya duduk dan membuat kerja sendiri tanpa menghiraukan keadaan murid yang bising dan keadaan kelas yang tidak kondusif.

8.       Semasa masa ujian atau peperiksaan, guru-guru  mestilah sentiasa mengawasi pelajar dari segala aspek untuk mengelakkan penyelewengan dan tidak sentiasa duduk saja.

9.       Penyemakan buku-buku latihan pelajar mestilah dijalankan selepas setiap latihan diberikan dan dipulangkan kepada pelajar selewat-lewatnya dua hari selepas disemak selengkapnya –semak indeks,pembetulan  dan ditandatangani.

10.   Guru-guru tingkatan  mesti menguruskan kelas mereka dengan cekap,dedikasi dan berkesan. Ambil tindakan terhadap pelajar yang ponteng sekolah dengan segera, pelajar yang masih belum menjelaskan bayaran tambahan sekolah dan kebersihan/keceriaan kelas diberi keutamaan.

11.   Sekiranya menghadapi sebarang masalah berkaitan kelas, P&P, tugas-tugas lain yang diberi segera berjumpa pentadbir  untuk berbincang dan elakkan dari sikap berdiam diri dan membiarkan masalah berpanjangan. Diharap kewujudan guru-guru di sekolah ini dapat membawa pelbagai manfaat kepada pelajar-pelajar dan sekolah.

12.   Semoga  usaha murni dan ikhlas kita terhadap tugas yang telah diamanahkan diberkati oleh Tuhan dan sama-samalah kita berdoa selalu semoga pelajar-pelajar dan sekolah kita akan terus cemerlang.

Sekian,terima kasih.

Pemenang Bagi Minggu Sains & Matematik
Selasa, 19 April 2011 by Admin in

Pertandingan Kuiz Melalui Blog

Tee Zee Mei
2 Ixora

Maria Lidwina 
2 Ixora

Seow Mei Kee
2 Allamanda

Pertandingan Spell-It-Right

Muhammad Firdaus Bin Hashim
2 Jasmine

Tan Wei Jie
1 Ixora

Lin Xiao Jing
2 Ixora

Panitia Matematik dan Panitia Sains mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengetua SMK Tun Mutahir, GKMP Sains dan Matematik, Semua Barisan Pentadbir, Semua Guru Sains & Matematik, Semua Kaunselor, Semua Guru , Semua Staf Sokongan, Semua Pelajar dan Semua Pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam Minggu Sains dan Matematik 2011. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan akan meningkatkan lagi minat pelajar terhadap sains dan matematik bagi merintis lebih banyak ciptaan, penemuan baharu dan memberikan peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu sains dan teknologi ke arah melahirkan pelajar yang berinovasi , kreatif dan kritis dalam pendidikan menjelang 2015.

Taklimat Qnet
Ahad, 17 April 2011 by Admin in

Taklimat Qnet untuk guru-guru Sidang Petang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 18 April 2011
Hari : Isnin
Masa : 12.00pm

Kehadiran adalah wajib untuk semua guru Sidang Petang

Harap maklum.

Pertandingan Melukis Poster
by Admin in Tag

Senarai Pemenang :


Tempat Pertama : Nicholas Loh Li Qi (2 Ixora)
Tempat Kedua : Veronica Tan Wan Juan (1 Ixora)
Tempat Ketiga : Tan Hui Ling (2 Ixora)


Saguhati:

  1. Lin Xiao Jing (2 Ixora)
  2. Nurul Hanisah Azman (1 Allamanda)
  3. Yeow Hoe Yee (2 Ixora)
  4. Teo Xue Yuen (2 Ixora)
  5. Amanda Lee (1 Allamanda)
  6. Sandy Lee (1 Ixora)
Tahniah diucapkan kepada para pemenang.. 

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2011
Rabu, 2 Mac 2011 by Admin in Tag

Tarikh : 25 Februari 2011
Masa : 5.30 - 6.30pm