Pesanan Pentadbir G10 2012 : Peringatan Untuk Semua Guru
Ahad, 4 Mac 2012 by Admin in Tag

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dan tindakan segera oleh guru-guru adalah seperti berikut :

  1. Kehadiran guru ke sekolah mesti menepati masa yang telah ditetapkan selewat-lewatnya 10 minit sebelum waktu rasmi P&P bermula.
  2. Sekiranya sakit dan mengambil cuti sakit, guru hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah atau terus kepada piha pentadbir yang menyediakan jadual guru ganti selewat-lewatnya setengah (1/2) jam sebelum P&P bermula.
  3. Cuti Rehat Khas (CRK) atau Cuti Tanpa Rekod (CTR) tidak boleh diambil sewenang-wenangnya. Ia perlulah mengikut prosedur dan peruntukan yang telah ditetapkan. (Sila rujuk Pekeliling CRK/CTR).
  4. Penulisan buku rekod mengajar mestilah mengikut format yang telah ditetapkan iaitu mengandungi tajuk, objektif, aktiviti dan impak. Semuanya wajib ditulis setiap hari dan perlu dihantar setiap minggu kepada Pentadbir yang telah dijadualkan untuk disemak dan disahkan.
  5. Kehadiran guru ke kelas-kelas mestilah menepati masa atau selewat-lewatnya lima minit selepas loceng berbunyi. Jangan jadikan budaya "lewat ke kelas" tanpa sebab tertentu kerana ia boleh diibaratkan sebagai "curi tulang" dan ia amat merbahaya!
  6. Kawalan kelas, kebersihan kelas dan kecerian kelas adalah tanggungjawab semua guru, guru-guru matapelajaran serta guru-guru tingkatan yang telah dilantik terutamanya. Semua guru perlu peka dan prihatin tentang hal ini dan janganlah mengambil sikap sambil lewa.
  7. Sebelum memulakan P&P, guru mesti memastikan kehadiran pelajar di kelas dan melengkapkan "Buku Semakan Kehadiran Murid."
  8. Guru-guru yang diberi 'relief'/guru ganti mestilah masuk ke kelas yang dipertanggungjawabkan dan menjaga/mengawal kelas tersebut sebaik-baiknya dan tidak hanya duduk dan membuat kerja sendiri tanpa menghiraukan keadaan murid-murid yang bising dan keadaan kelas yang tidak kondusif.
  9. Semasa ujian atau peperiksaan, guru-guru mestilah sentiasa mengawasi pelajar dari segala aspek untuk mengelakkan penyelewengan dan tidak sentiasa duduk saja. (Sila rujuk Peraturan Ujian dan Peperiksaan yang telah diedarkan oleh GPK 1)
  10. Penyemakan buku-buku latihan pelajar mestilah dijalankan selepas setiap latihan diberikan dan dipulangkan kepada pelajar selewat-lewatnya dua hari selepas disemak selengkapnya (semak indeks, prmbrtulan dan ditandatangani).
  11. Guru-guru tingkatan mesti menguruskan kelas mereka dengan cekap, dedikasi dan berkesan. ambil tindakan terhadap pelajar yang ponteng sekolah dengan segera dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
  12. Amalkan budaya menggunakan "Pas Keluar" untuk pelajar yang meminta izin keluar kelas.
  13. Semoga kerja  ikhlas guru-guru yang penuh dedikasi mendidik anak bangsa dapat menghasilkan pelajar yang berkualiti dan cemerlang.
Sekian, terima kasih.
"Berkhidmat Untuk Negara."
   

Catat Ulasan