TAKLIMAT PENTADBIR BERSAMA-SAMA GURU-GURU BARU DI SMK TUN MUTAHIR
Selasa, 21 Jun 2011 by Admin in

20 JUN 2011 (ISNIN)

11.30 PAGI – BILIK TAYANG

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dan tindakan segera oleh guru-guru semua terutama guru-guru baru.

1.       Kehadiran guru ke sekolah mesti  menepati  masa yang telah di tetapkan selewat-lewatnya 10 minit sebelum waktu rasmi P&P bermula.

2.       Sekiranya sakit dan mengambil cuti sakit, perlulah memaklumkan kepada pihak sekolah atau terus kepada pihak pentadbir yang menyediakan jadual guru ganti   selewat-lewat nya setengah (1/2) jam sebelum P&P bermula.

3.       Cuti Rehat Khas(CRK)  atau Cuti Tanpa Rekod(CTR) tidak boleh diambil sewenang-wenangnya, perlu mengikut prosedur dan peruntukan yang telah ditetapkan.(Sila rujuk pekeliling CRK/CTR).

4.        Penulisan buku rekod mengajar mesti ikut format yang telah ditetapkan - tajuk,objektif, aktiviti dan impak wajib ditulis setiap hari dan perlu dihantar  setiap minggu ke Pentadbir yang dijadualkan untuk disemak dan disahkan.

5.       Kehadiran guru kekelas –kelas mestilah menepati masa atau selewat-lewatnya lima minit setelah loceng berbunyi. Jangan jadikan budaya “ lewat ke kelas” tanpa sebab tertentu kerana itu ibarat “mencuri tulang”.

6.       Kawalan kelas , kebersihan kelas dan keceriaan kelas adalah tanggungjawab semua guru , guru-guru mata pelajaran dan terutama sekali guru-guru tingkatan yang telah dilantik. Semua guru perlu peka dan prihatin tentang hal ini dan jangan mengambil sikap sambil lewa
Atau acuh tak acuh.

Sebelum memulakan P&P, guru mesti memastikan kehadiran pelajar dikelas dan melengkapkan ‘Buku semakan Kehadiran Murid’.

7.       Guru-guru yang diberi ‘relief’/guru ganti mestilah masuk ke kelas yang dipertanggungjawabkan dan menjaga /mengawal kelas tersebut sebaiknya dan tidak hanya duduk dan membuat kerja sendiri tanpa menghiraukan keadaan murid yang bising dan keadaan kelas yang tidak kondusif.

8.       Semasa masa ujian atau peperiksaan, guru-guru  mestilah sentiasa mengawasi pelajar dari segala aspek untuk mengelakkan penyelewengan dan tidak sentiasa duduk saja.

9.       Penyemakan buku-buku latihan pelajar mestilah dijalankan selepas setiap latihan diberikan dan dipulangkan kepada pelajar selewat-lewatnya dua hari selepas disemak selengkapnya –semak indeks,pembetulan  dan ditandatangani.

10.   Guru-guru tingkatan  mesti menguruskan kelas mereka dengan cekap,dedikasi dan berkesan. Ambil tindakan terhadap pelajar yang ponteng sekolah dengan segera, pelajar yang masih belum menjelaskan bayaran tambahan sekolah dan kebersihan/keceriaan kelas diberi keutamaan.

11.   Sekiranya menghadapi sebarang masalah berkaitan kelas, P&P, tugas-tugas lain yang diberi segera berjumpa pentadbir  untuk berbincang dan elakkan dari sikap berdiam diri dan membiarkan masalah berpanjangan. Diharap kewujudan guru-guru di sekolah ini dapat membawa pelbagai manfaat kepada pelajar-pelajar dan sekolah.

12.   Semoga  usaha murni dan ikhlas kita terhadap tugas yang telah diamanahkan diberkati oleh Tuhan dan sama-samalah kita berdoa selalu semoga pelajar-pelajar dan sekolah kita akan terus cemerlang.

Sekian,terima kasih.

Catat Ulasan