Minggu Bahasa Melayu
Isnin, 23 April 2012 by Admin in Tag

Minggu Bahasa Melayu telah diadakan dengan jayanya. Penyertaan untuk setiap aktiviti pada minggu ini mendapat sambutan yang sangat-sangat menggalakkan dari pelajar-pelajar Tingkatan 1.

Majlis Penutup Minggu Bahasa Melayu telah diadakan pada hari Jumaat, 6 April 2012. Semasa majlis ini berjalan, telah dianjurkan satu kuiz spontan di mana pelajar dialu-alukan untuk menjawab soalan yang diajukan di atas pentas. Pelajar-pelajar begitu bersemangat dan teruja untuk menjawab soalan-soalan tersebut memandangkan ada disediakan hadiah menarik untuk mereka.

Terdapat pelbagai aksi semasa majlis yang sempat dirakam. Antaranya ialah :


Majlis Penutup ini diakhiri dengan satu persembahan daripada murid yang menjadi pemenang pertama bagi Pertandingan Bercerita.

Catat Ulasan