Pesanan Pentadbir G10 2012 : Peringatan Untuk Semua Guru
Ahad, 4 Mac 2012 by Admin in Tag

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dan tindakan segera oleh guru-guru adalah seperti berikut :

  1. Kehadiran guru ke sekolah mesti menepati masa yang telah ditetapkan selewat-lewatnya 10 minit sebelum waktu rasmi P&P bermula.
  2. Sekiranya sakit dan mengambil cuti sakit, guru hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah atau terus kepada piha pentadbir yang menyediakan jadual guru ganti selewat-lewatnya setengah (1/2) jam sebelum P&P bermula.
  3. Cuti Rehat Khas (CRK) atau Cuti Tanpa Rekod (CTR) tidak boleh diambil sewenang-wenangnya. Ia perlulah mengikut prosedur dan peruntukan yang telah ditetapkan. (Sila rujuk Pekeliling CRK/CTR).
  4. Penulisan buku rekod mengajar mestilah mengikut format yang telah ditetapkan iaitu mengandungi tajuk, objektif, aktiviti dan impak. Semuanya wajib ditulis setiap hari dan perlu dihantar setiap minggu kepada Pentadbir yang telah dijadualkan untuk disemak dan disahkan.
  5. Kehadiran guru ke kelas-kelas mestilah menepati masa atau selewat-lewatnya lima minit selepas loceng berbunyi. Jangan jadikan budaya "lewat ke kelas" tanpa sebab tertentu kerana ia boleh diibaratkan sebagai "curi tulang" dan ia amat merbahaya!
  6. Kawalan kelas, kebersihan kelas dan kecerian kelas adalah tanggungjawab semua guru, guru-guru matapelajaran serta guru-guru tingkatan yang telah dilantik terutamanya. Semua guru perlu peka dan prihatin tentang hal ini dan janganlah mengambil sikap sambil lewa.
  7. Sebelum memulakan P&P, guru mesti memastikan kehadiran pelajar di kelas dan melengkapkan "Buku Semakan Kehadiran Murid."
  8. Guru-guru yang diberi 'relief'/guru ganti mestilah masuk ke kelas yang dipertanggungjawabkan dan menjaga/mengawal kelas tersebut sebaik-baiknya dan tidak hanya duduk dan membuat kerja sendiri tanpa menghiraukan keadaan murid-murid yang bising dan keadaan kelas yang tidak kondusif.
  9. Semasa ujian atau peperiksaan, guru-guru mestilah sentiasa mengawasi pelajar dari segala aspek untuk mengelakkan penyelewengan dan tidak sentiasa duduk saja. (Sila rujuk Peraturan Ujian dan Peperiksaan yang telah diedarkan oleh GPK 1)
  10. Penyemakan buku-buku latihan pelajar mestilah dijalankan selepas setiap latihan diberikan dan dipulangkan kepada pelajar selewat-lewatnya dua hari selepas disemak selengkapnya (semak indeks, prmbrtulan dan ditandatangani).
  11. Guru-guru tingkatan mesti menguruskan kelas mereka dengan cekap, dedikasi dan berkesan. ambil tindakan terhadap pelajar yang ponteng sekolah dengan segera dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
  12. Amalkan budaya menggunakan "Pas Keluar" untuk pelajar yang meminta izin keluar kelas.
  13. Semoga kerja  ikhlas guru-guru yang penuh dedikasi mendidik anak bangsa dapat menghasilkan pelajar yang berkualiti dan cemerlang.
Sekian, terima kasih.
"Berkhidmat Untuk Negara."
   

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
Selasa, 14 Februari 2012 by Admin in


Tarikh   : 10 Februari 2012
Masa     : 3.30-4.15 p.m.
Tempat : Dewan Mutahir, SMK Tun Mutahir.

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah ini telah diadakan dengan jayanya hasil usaha guru-guru dan kerjasama daripada pelajar-pelajar.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah dianjurkan antaranya :

  1. Selawat ke atas Nabi S.A.W.
  2. Tazkirah oleh guru-guru.
  3. Nyanyian nasyid oleh Cikgu Norhisham Zainuddin.
  4. Tayangan video berbentuk keagamaan oleh Ustaz Razak.
  5. Kuiz berdasarkan tayangan video.
 Selawat oleh guru-guru lelaki.

 Selawat oleh guru-guru perempuan.

Pelajar-pelajar lelaki berselawat ke atas junjungan Nabi S.A.W. dengan penuh semangat.

Pelajar-pelajar perempuan tekun berselawat ke atas Nabi S.A.W.

Suasana ketika kuiz diadakan. Pelajar berebut-rebut untuk menjawab soalan kuiz memandangkan hadiah disediakan khas untuk mereka yang berjaya menjawabnya dengan tepat.

Senyuman gembira oleh seorang pelajar yang berjaya mendapat hadiah.





Majlis Taklimat dan Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan 1 2012
Ahad, 12 Februari 2012 by Admin in



Tarikh   : 3 Disember 2011
Masa    : 9 am-12 pm
Tempat : Dewan Mutahir, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir, Melaka.

Majlis telah berjalan dengan lancar hasil usaha pentadbir-pentadbir dan juga guru-guru SMKTMu.

 Ucapan Pengerusi PIBG sekolah.

Ucapan Pengetua sekolah.

Barisan pentadbir yang menjadi tulang belakang majlis yang diadakan.

Taklimat berkaitan koperasi sekolah oleh Puan Norlelawati.

Ragam dan aksi pelajar-pelajar bersama ibu bapa masing-masing ketika berada di dalam dewan sepanjang majlis diadakan.

Suasana luar dewan semasa majlis diadakan di mana pelajar dan ibu bapa tekun mendengar taklimat yang diberikan.